MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com

Kaunseling Individu

0

Posted by Linda | Posted in

MyEm0.Com Zuraidah Abdul Rahman (2002) telah mentaktifkan kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di mana seseorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan dan perasaan klien. Shertzer & Stone (1974) menegaskan bahawa kaunseling individu sebagai proses interaksi yang memudahkan pemahaman bermakna mengenai diri dan alam sekelilingnya lalu menyebabkan penentuan matlamat-matlamat dan nilai-nilai tingkah laku masa hadapan klien.

Kamaruzaman Jamal dalam Abdul Halim Othman (1999) mendefinisikan kaunseling individu sebagai perhubungan antara seorang yang lain dalam mana ia menolong yang lain itu menyelasikan konflik, atau penentangan yang belum diselesaikan. Muhd Mansur Abdullah (1993) mendapati kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, hubungan bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali dirinya sendiri, membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri.

Jenis-jenis Kaunseling
1) Pendekatan krisis-Pendekatan ini mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan daripada kaunselor dan pihak atasan. Pendekatan ini memaksa kaunselor bertindak serta merta kepada krisis yang timbul. Oleh itu, tujuan pendekatan ini ialah untuk menangguh tindakan agar tidak sampai ke tahap yang kritikal.

2) Pendekatan pemulihan-Pendekatan ini memberi fokus kepada kekurangan yang dapat dikenal pasti dari masa ke semasa. Ia juga dijalankan dengan harapan dapat mengubah tingkah laku terhadap masalah yang dialami contohnya, merokok, melawan guru dan ponteng sekolah.

3) Pendekatan pencegahan- Pendekatan ini berdasarkan persepsi bahawa satu-satu masalah itu sampai ke tahap krisis usaha dijalankan untuk menghalangnya seperti mengadakan kempen, ceramah atau kem.

4) Pendekatan pengembangan- Pendekatan ini adalah satu usaha untuk mengenal pasti kebolehan dan keperluan pelajar di alam persekolahan. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan kurikulum an kokurikulum diberikan bagi memberikan peluang kepada pelajar untuk mengenali diri mereka dan berkembang. Pendekatan ini amat diutamakanBagi bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah seperti berikut :

  • Perkembangan agama dan moral
  • Perkembangan psikososial
  • Perkembangan kognitif dan afektif
  • Perkembangan fizikal dan seksual
  • Perkembangan vokasional dan kerjaya

Jenis-Jenis Kaunseling Individu
1) Kaunseling akademik- menyediakan kaunseling dalam usaha membantu klien memilih mata pelajaran yang sejajar dengan minat, keupayaan dan pencapaian mereka. Selain daripada itu, kaunseling akademik juga menyampaikan makluamat mengenai peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tingggi dalam negara ataupun luar negara.

2) Kaunseling kerjaya- Kaunseling kerjaya membantu klien mendapatkan maklumat kerjaya yang sejajar dengan minat, bakat, keupayaan dan pencapaian akademik. Menurut Holland dalam Gibson & Mitchell (1981), individu akan memberi persekitaran kerja yang berkaitan dengan minat mereka, kesesuaian pekerjaan dengan minat pekerja yang akan memberi kepuasan yang lebih. Oleh itu, asas kaunseling kerjaya adalah bagi kaunselor kerjaya ialah mengidentifikasikan kerjaya yang sesuai dengan minat kerjaya. Kaunseling kerjaya juga menolong klien menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya serta mendedahkan kepada klien secara meluas jenis-jenis kerjaya di sektor awam dan sektor swasta. Kaunseling kerjaya juga boleh memberi ingatan dan kesedaran kepada klien bahawa perancangan kerjaya adalah perlu.

3) Kaunseling pemulihan- (Stone, 2002) menyenaraikan 3 sebab mengapa perlunya kaunseling pemulihan iaitu ;

  • Kaunselor pemulihan mengandaikan kes-kes klien mempunyai masalah fizikal seperti kecelaruan tingkah laku atau kecacatan.
  • Kaunselor pemulihan bertanggungjawab menyediakan klien dengan maklumat pendidikan dan rawatan pemulihan. Kejayaan kaunselor pemulihan selalu diukur dengan kejayaan mereka untuk membantu klien mendapatkan pekerjaan.
  • Klien telah mengharapkan kaunselor pemulihan menyediakan perkhidmatan yang luas terutamanya berkaitan dengan kecacatan dan ketidakupayaan memperoleh pekerjaan. Klien mempunyai harapan dan jangkaan yang tinggi terhadap kaunselor.

4) Kaunseling peribadi- kaunseling peribadai merupakan kaunseling yang meneroka pertumbuhan kendiri klien, membantu klien memahami pelbagai keperluan dan masalah yang berkaitan. Tujuan kaunseling individu adalah untuk membantu klien memperolehi kefahaman sendiri, iaitu membantu klien memperolehi maklumat dan mebentuk sikap celik akal an nilai yang sejajar dengan kehendak masyarakat. Kaunseling individu juga menolong klien berkomunikasi dengan lebih berkesan dan membina perhubungan yang baik dengan anggota-anggota lain. Dalam proses kaunseling individu juga akan membantu klian untuk membuat keputusan yang waras dan bijaksana.

Bimbingan dan Kaunseling di sekolah

0

Posted by Linda | Posted in

MyEm0.Com
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Bagi memastikan bahawa matlamat dan objektif perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tercapai, kaedah penyampaian dan perkhidmatan kepada kumpulan sasar adalah amat penting. Keberkesanan perkhidmatan akan dapat mewujudkan pelajar yang seimbang, berjiwa besar dan waja, berwawasan dan berketrampilan. Usaha-usaha untuk membina insan yang terus maju ke arah hidup yang bermakna bagi kesejahteraan diri, masyarakat dan negara perlu dilaksanakan dengan secara seimbang dalam semua bidang seperti berikut:

Bil

Bidang

Input

Kaedah

1.

Akademik

1. Pemilihan mata pelajaran elektif

2. Kemahiran Belajar

a. Membaca

b. Mencatat/mengambil nota

c. Pengurusan masa

d. Pengurusan diri

e. Mendengar

f. Mendengar

g. Mengingat

h. Mengulangkaji

i. Menjawab soalan peperiksaan

j. Menghadapi peperiksaan

3. Pengumpul maklumat pelajaran atau peluang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi

Bimbingan Kelompok

Bimbingan Individu

Bengkel

Seminar

Kem/Perkhemahan

Tayangan Video

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Taklimat

Kolokium

Tutor Sebaya

Mentor Mentee

Lawatan

Ceramah

Pameran

Bank maklumat manual

Bank maklumat berkomputer

2

Kerjaya

1. inventori minat

2. Inventori Personaliti

3. Inventori nilai

4. Pemilihan Matapelajaran elektif

5. Pengumpulan maklumat kerjaya

6. Pendedahan kerjaya

Peluang latihan kerjaya

7. Penyebaran maklumat

Bimbingan Kelompok

Bimbingan Individu

Lawatan

Ceramah

Forum

Seminar

Tayangan video

Pertandingan-pertandingan

- Media Maklumat Kerjaya

- Buku Skrap Kerjaya

- Eksplorasi Alam Kerjaya

- poster kerjaya

- sketsa kerjaya

3.

Psikososial & Kesejahteraan Mental

1. Ujian Personaliti

2. Senarai semak masalah

3. Merujuk Kad Maklumat Diri (Jika perlu)

4. Kemahiran Komunikasi

5. Kemahiran Asertif/Tegas diri

6. Penyaringan maklumat

7. Pengurusan Tekanan

8. Kemahiran Rohani

9. Kemahiran Membuat Keputusan

10. Kemahiran Pengawalan Diri

11. Kemahiran Aplikasi

12. Kemahiran Sintesis

13. Kemahiran Analisis Kritikal

14. Pengekalan Penghargaan Kendiri/ Self Esteem

15. Perkembangan Keremajaan

16. Konsep Kendiri

17. Pengendalian Kendiri

18. Program Orientasi

Bimbingan Kerjaya

merentasi Kurikulum

dan Kurikulum

PRS

Bimbingan Kelompok

Bimbingan Individu

Forum

Kursus

Bengkel

Seminar

Kem Bina Insan/ Diri

Kolokium

Rehlah

Lawatan

Tayangan video

Kaunseling Keluarga

PRS

Latihan Dalam Kumpulan

Aktiviti Simulasi Kumpulan

Perkhemahan Ibadah

Ceramah

4.

Keibubapaan

1. Komunikasi

2. Perkembangan individu

3. Isu-isu Kekeluargaan

3.1 Kepimpinan

3.2 Perkembangan remaja masa kini dan akan datang

3.3 Kerukunan dan kesejahteraan keluarga

Ceramah

Seminar

Forum

Bengkel

Perkhemahan keluarga/

Hari Keluarga

Lawatan ke rumah(Home Visit)

Khidmat Konsultasi

Kursus Kemahiran

Keibubapaan

Konferens

Buletin Keluarga

Pameran

Bimbingan Individu

Bimbingan Kelompok

5.

Pembangunan Diri

1. Kemahiran Komunikasi

2. Kemahiran Penyelesaian Masalah

3. Kepimpinan

4. Kemahiran Tegas Diri

5. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

6. Kemahiran Sosial

7. Kemahiran Pemilihan aktiviti keutamaan

8. Pengurusan Diri

Bimbingan Individu

Bimbingan Kelompok

Latihan Dalam Kumpulan

Lawatan ke rumah

Ceramah

Bengkel

Praktikum PRS

6.

Pendidikan Pencegahan Dadah / Rokok / Inhalan dan HIV/ AIDS

1. Kemahiran Asertif

2. Kemahiran Sosial

3. Perkembangan Seksual

4. Sikap Benci kepada dadah

5. Kemahiran Menghindar Jangkitan HIV/ AIDS

6. Pendidikan Kekeluargaan

Ceramah

Seminar

Pertandingan Esei

Pertandingan Poster

Pertandingan Pidato

Pertandingan Boria

Pertandingan Nasyid

Kuiz

5 Minit Anti Dadah

Pameran

Bengkel

Bimbingan Individu

Bimbingan Kelompok

7.

Pengurusan dan

Pentadbiran

1. Maklumat Kerjaya

2. Maklumat Pendidikan dan Latihan

3. Maklumat Dadah

4. Maklumat HIV/ Aids

5. Maklumat Bahaya Rokok dan Kesihatan

6. Rancangan Tahunan

7. Kertas Kerja Program

8. Buku Rekod Perkhidmatan

9. Borang-borang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

10. Jadual Waktu Perkhidmatan

11. Maklumat Murid

12. Laporan Program

13. Keceriaan Bilik Kaunseling

14. Papan Kenyataan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

15. Laporan dan Rekod Sesi

16. Penilaian Program

17. Rekod dan Laporan Kewangan

Sistem Fail

Paparan

Sebaran

Brosur / Phamplet

Poster

Buku

Buku Skrap

Perkongsian

8.

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

1. Akademik

2. Kerjaya

3. Psikososial

4. Keluarga

5. Peribadi

6. Kes Disiplin

7. Dadah

8. HIV/ AIDS

Kaunseling Individu

Kaunseling Kelompok

Bimbingan Individu

Bimbingan Kelompok

Konsultasi

kaunselor sekolah???

0

Posted by Linda | Posted in

MyEm0.Com KAUNSELOR...
Seorang yang mengadakan perkhidmatan kaunseling bagi sesuatu fee yang ditetapkan atau apa-apa balasan lain..(Akta Kaunselor 1998, 2009)

MyEm0.Com PERANAN KAUNSELOR DI SEKOLAH
Menurut Zuraimey Ahmad, Mohd. Najib Bin Sapari, Mohamed Sharif Mustaffa (2008), Peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang kaunselor mestilah berlandaskan pengetahuan bimbingan dan kaunseling yang tepat supaya mampu menangani masalah di sekolah dan berjaya menghidupkan fungsi sebenar bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah. American School Counselor Association (ASCA) telah menggariskan tanggungjawab profesional kaunselor sekolah
seperti berikut:
  • Menolong penuntut untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat dia berada. Ini bermakna menolong penuntut untuk memahami sikap, minat, bakat, kebolehan, peluang-peluang untuk penyempurnaan kendiri dan hubungan-hubungan di antara yang tersebut di atas.
  • Menolong penuntut untuk bertingkahlaku yang sesuai dengan bakat, minat, sikap,
  • kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri.
  • Menolong penuntut mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan membuat keputusan sendiri.
  • Membantu semua kakitangan sekolah untuk memahami perlunya orang perseorangan dan memberi maklumat tambahan dan bantuan perundingan bertujuan untuk membantu supaya lebih memahami lagi tentang penuntut.
  • Menentukan atau mempastikan pengaruh program sekolah ke atas pelajaran perkembangan psikososial penuntut dan menyampaikan maklumat untuk kakitangan lain.
  • Memberitahu kakitangan yang lain tentang perubahanperubahan
  • yang signifikan di sekolah yang memberi kesan dengan perkembangan program yang berkaitan.
  • Membantu ibu bapa untuk memahami kemajuan pengembangan anaknya, keperluan keperluannya dan peluangpeluang lain sekelilingnya; bertujuan untuk menambahkan kebolehan memberi sumbangan kepada perkembangan anak mereka sendiri.
  • Membuat interpretasi kepada komuniti pentingnya hal bertimbang rasa untuk individu
  • dan memberi sumbangan kepada program kaunseling sekolah.
  • Membantu melancarkan di dalam masyarakat peluang-peluang lain yang perlu untuk perkembangan penuntut.
  • Mengguna atau membantu melancarkan rekabentuk sumbersumber
  • masyarakat bagi memenuhi segala keperluan penuntut yang ekstrem atau yang tidak lazim serta luar tanggungjawab sekolah.
  • Mengadakan hubungan yang baik dengan semua pihak seperti Polis, Jabatan-jabatan kerajaan seperti JKM, LPPKN, Pejabat Agama Islam, Yayasan Pembangunan Keluarga dan lain-lain.

Kembalikan Semula Semangat..

0

Posted by Linda | Posted in

MyEm0.Com Assalamualaikum...Hati kita sentiasa dibisik oleh satu bisikan halus si 'S' supaya kita sentiasa patah semangat dan tidak yakin diri..tekanan dan masalah membuatkan kita rasa 'down'. dan kita memerlukan sesuatu yang dinamakan 'internal local control' yang memboleh aura dalaman kita 'up' semula..

'Menuju Wawasan'
. Lagu nasyid ini berserta liriknya amat berkesan dalam diri dan menjadi pemerkasa keyakinan, penaik semangat dan penguat iltizam di kala rasa 'down' dan pada saat merundum kemahuan. dikongsikan lirik lagunya yang mudah-mudahan membakar semangat dan menyalakan api semangat juang kerana ALLAH..

umat islam harus cemerlang,
hari ini mesti lebih baik dari semalam

jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada ALLAH Maha Kuasa
kita punya kuasa tenaga
Do'a sebagai senjata

Umat islam sentiasa boleh!
Umat islam sentiasa boleh!

Umat islam zaman lampau
taat perintah rasulullah
Bersama berusaha
Bersatu tuju wawasan
Dunia dan akhirat

Wawasa dunia dan Akhirat
Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia
Wawasan diri
penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan Akhirat

Kuat usaha
Jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan ALLAH

Aqidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa Aqidah wawasan syaitan

Ulama' warisan anbiya'
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajid hindari!


Semoga kita semua dapat memperoleh manfaat dari lagu dan lirik tersebut serta memperoleh keredhaan dan keberkatan dari-Nya

ujian Allah

0

Posted by Linda | Posted in

MyEm0.ComBismillahirahmaniraahim...
Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat
pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya
dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang
dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286).

Ya Allah, berikanlh aku kekutan n ketabahan utk menempuh sgalanya..Amin...Ujian Allah...mmg x terjangka n x diduga. thn br dilalui dgn plbagai keperitan n ksakitan..mujur ada keluarga n teman disisi..br2 ni khidupanku telah berubah n mjd sgt2 huru hara..bermula dgn business yg ak join bsama teman rapat..Ya Allah ampunkan dosaku...isyarat melalui istiqharah yg ku lakukan ku ketepikan..petunjuk Allah tidak ku peduli..atas nama persahabatn semuanya perlu ku lepaskan...sampai hati dia buat ak cm 2...

khabar dr family kt kg benar2 mengugat ketenteramnku..aku harap2 sgt sume 2 mimpi..adik kena tukar sek, mak n abah sakit dibuatnya...dimanakh pertmbangan akal seorg adik??? kesian abah..smpi hati mkcik (adik abah) buat abah cam 2..smoga de hikmah besar disebalik sume ini.. Ya Allah berikan kesejahteraan kpd keluargaku..

aku tekad..business 2 ak kena lepaskn..demi keluarga n prshabatn yg kusayangi..perjuanganku masih blm selesai..mujur de teman lain yg berada disisi aku..memujuk, myokong n mmahami diriku..terima kasih wahai sahabat...ak xkan sesekali mengalah n putus asa...kekuatan ku adalah kekuatn keluargaku juga... Ya Allah, ya tuhanku, semoga ujian ini cepat berakhir...seiring dgn keimanan n kekutan ku yg bertambah...amin


Pesanan...buat semua

0

Posted by Linda | Posted in

MyEm0.Com kita bukan manusia sempurna. saling slh n silap. perlu saling di igt-mengingati. saling pesan-memesan... dan tegur-menegur. Pedoman buat diri serta perkongsian buat semua. tanpa di sedari masih banyak yg kte perlu perbaiki.. so, bacalah dan renungkanlah..

25 Pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya...

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 - Hai anakku janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 - Hai anakku bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 - Hai anakku janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 - Hai anakku bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 - Hai anakku janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Semoga bermanfaat,

Wassalam.