MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com

kaunselor sekolah???

Posted by Linda | Posted in

MyEm0.Com KAUNSELOR...
Seorang yang mengadakan perkhidmatan kaunseling bagi sesuatu fee yang ditetapkan atau apa-apa balasan lain..(Akta Kaunselor 1998, 2009)

MyEm0.Com PERANAN KAUNSELOR DI SEKOLAH
Menurut Zuraimey Ahmad, Mohd. Najib Bin Sapari, Mohamed Sharif Mustaffa (2008), Peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang kaunselor mestilah berlandaskan pengetahuan bimbingan dan kaunseling yang tepat supaya mampu menangani masalah di sekolah dan berjaya menghidupkan fungsi sebenar bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah. American School Counselor Association (ASCA) telah menggariskan tanggungjawab profesional kaunselor sekolah
seperti berikut:
  • Menolong penuntut untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat dia berada. Ini bermakna menolong penuntut untuk memahami sikap, minat, bakat, kebolehan, peluang-peluang untuk penyempurnaan kendiri dan hubungan-hubungan di antara yang tersebut di atas.
  • Menolong penuntut untuk bertingkahlaku yang sesuai dengan bakat, minat, sikap,
  • kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri.
  • Menolong penuntut mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan membuat keputusan sendiri.
  • Membantu semua kakitangan sekolah untuk memahami perlunya orang perseorangan dan memberi maklumat tambahan dan bantuan perundingan bertujuan untuk membantu supaya lebih memahami lagi tentang penuntut.
  • Menentukan atau mempastikan pengaruh program sekolah ke atas pelajaran perkembangan psikososial penuntut dan menyampaikan maklumat untuk kakitangan lain.
  • Memberitahu kakitangan yang lain tentang perubahanperubahan
  • yang signifikan di sekolah yang memberi kesan dengan perkembangan program yang berkaitan.
  • Membantu ibu bapa untuk memahami kemajuan pengembangan anaknya, keperluan keperluannya dan peluangpeluang lain sekelilingnya; bertujuan untuk menambahkan kebolehan memberi sumbangan kepada perkembangan anak mereka sendiri.
  • Membuat interpretasi kepada komuniti pentingnya hal bertimbang rasa untuk individu
  • dan memberi sumbangan kepada program kaunseling sekolah.
  • Membantu melancarkan di dalam masyarakat peluang-peluang lain yang perlu untuk perkembangan penuntut.
  • Mengguna atau membantu melancarkan rekabentuk sumbersumber
  • masyarakat bagi memenuhi segala keperluan penuntut yang ekstrem atau yang tidak lazim serta luar tanggungjawab sekolah.
  • Mengadakan hubungan yang baik dengan semua pihak seperti Polis, Jabatan-jabatan kerajaan seperti JKM, LPPKN, Pejabat Agama Islam, Yayasan Pembangunan Keluarga dan lain-lain.

Comments (0)

Post a Comment